Tujuan blog ini
Rata-rata kita melihat, menonton, mendengar dan membaca review-review berkenaan dengan makan-makan, gastronomy dan food critics dari pelbagai channel. Ada yang dibayar untuk membuat penilaian, ada yang menilai kerana terikut-terikut dengan penilaian orang lain dan ada yang benar-benar ikhlas menilai tetapi mungkin rumusan yang dibuat tidak begitu jelas. Sebagai seorang yang suka akan food adventure, saya suka untuk mencuba hidangan dan makanan-makanan yang sering diceritakan ini. Tetapi saya mempunyai dilema mendapatkan maklumat yang betul-betul tanpa bias dan prejudis. Ada review yang saya baca, semuanya indah-indah belaka, tetapi selepas mencubanya sendiri, saya dan keluarga pulang hampa. Maka dengan itu, munculah idea untuk mewujudkan sebuah blog yang dapat mengesahkan apa yang diwarwarkan oleh orang ramai itu adalah munasabah atau sebaliknya. Semoga bermanfaat!Panduan Rating
Rating yang kami beri adalah berdasarkan pengamatan dan penilaian ikhlas kami sendiri. Ianya tidak dipengaruhi oleh apa-apa yang lain selain dari sudut-sudut yang kami rasa perlu dinilai pada sesebuah restoran. Kami tidak sesekali dibayar atau mahu dibayar walau sesen pun untuk dipengaruhi berkenaan rating ini. Penilaian adalah sesuatu yang amat subjektif. Deria rasa anda dan deria rasa kami tidak sama. Citarasa pun tidak sama. Jika kami menilai sesuatu itu dengan penilaian yang rendah, tetapi anda fikir sebaliknya, itu adalah hak kami untuk menilai sedemikian sebagaimana anda mempunya hak untuk menilai sedimikian.Berikut adalah sudut-sudut penilaian kami, berserta deskripsinya:
ambience/interior
susun atur meja, barang-barang hiasan, lampu-lampu, suasana visual, suasana pendengaran (bunyi bising atau ada muzik yang lembut)
amat unik, relax, tenang, dari segi visual, aroma mahu pun pendengaran. Tidak crowded. Ruang yang luas dan selesa. Kebersihan pada tahap maksimum.
secara keseluruhannya amat baik, meskipun ia tidak unik. memenuhi syarat minimum untuk majlis makan istimewa.
biasa-biasa saja. Standard becnhmark: kedai-kedai mamak yang tersohor
crowded. kebersihan boleh dipertikaikan. tiada usaha untuk mencantikkan keadaan kedai/
tidak sedap mata memandang.
taste
penilaian pancaindera deria rasa seperti rasa dan bau.
rasa amat sedap dan unik. sukar untuk ditiru. ada wow-factor. rasa sedap yang sering diperkatakan semasa dan selepas makan.
rasa amat sedap meskipun tidak unik. sedap tetapi tiada wow-factor. mungkin kesedapan yang tidak banyak diperkatakan.
sedap tetapi tidak banyak untuk diulas kerana rasa sedap begini secara puratanya boleh dijumpa di mana-mana sahaja
hidangan masih boleh dimakan habis walaupun tidak berapa sedap
hidangan tidak boleh dihabiskan kerana tidak sedap
presentation
penilaian dari sudut rupa dan hiasan makanan
BOLEH LAH: Nak recommend pun susah, tak mahu recommend pun tak patut. Apa yang diwarwarkan itu mungkin terlebih rated tetapi bagi kami ianya perlu diberi peluang untuk mencuba
OVERRATED: Apa yang diwarwarkan adalah indah khabar dari rupa.
penilaian dari sudut rupa dan hiasan makanan
plating 5-star. fine dining presentation standard.
rupa dan hiasan masih mempunyai identitinya tersendiri. ada usaha bagus untuk memikat mata.
ada usaha yang amat minimum untuk menjadi luar biasa dari yang biasa
hanya ditabur bawang goreng dan daun bawang. cukup syarat.
tiada langsung usaha untuk mencantikkan hidangan
price vs quality
berbaloikah RM yang dibelanjakan berbanding kesedapan dan mutu makanan yang diperolehi
amat berbaloi. makanan yang amat berkualiti dengan harga yang tidak menjejaskan poket.
berbaloi. makanan yang berkualiti pada harga yang sedikit tinggi.
harga yang agak tinggi tetapi makanan biasa-biasa saja
harga agak tinggi, makanan tak sedap mana pun
langung tak bebaloi wang ringgit
customer service
mutu perkhidmatan dan layanan dari pelayan-pelayan, tukang masak dan pekerja restoran. Kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti baby chair dan lain-lain.
layanan paling ramah. pelayan yang begitu membantu. layanan kelas pertama.
pelayan yang membantu dan ramah tetapi tidak sampai kepada layanan kelas pertama
mutu layanan yang purata. mutu layanan yang boleh juga didapati di mana-mana
mutu layanan yang kurang memuaskan.
layanan yang negatif
waiting time
dari waktu anda tiba, anda beratur to-be-seated, anda duduk sehinggalah waktu anda menerima semua makanan/minuman
cekap dan pantas. tiba sahaja dan duduk terus dapat semua makananan kurang dari 10 minit
cepat juga. semua makanan tiba lebih kurang dr 15-20 minit
tidak cukup cepat. semua makananan tiba dalam 30 minit
semua makanan tiba lebih dari 30 minit
semua makanan tiba lebih dari 30 minit dan berpanjangan sehingga bosan. pelanggan yang datang lebih lewat dapat makanan dulu.
parking
usaha pengusaha restoran atau kemudahan asas iaitu meletak kenderaan
parking yang banyak. mudah untuk dapat parking. ada assistance dlm proses parking. jarak parking dengan restoran yang dekat
parking banyak, dekat tetapi tiada assistance.
parking mungkin banyak, dekat, tetapi kualiti parking yang kurang memuaskan
parking yang terpaksa berebut-rebut
parking sikit sangat atau tiada parking
Will Come Again
Adakah saya mahu datang lagi? Mungkin mahu datang lagi untuk makan makanan yang pernah dimakan atau ingin mencuba menu-menu baru. Atau ingin membawa seseorang yang lain mencuba pula.
Ya sudah tentu ingin akan datang lagi
kemungkinan besar akan datang lago
mungkin akan datang, mungkin juga tidak
mungkin tidak akan datang lagi jika ada pilihan
sudah tentu tidak akan datang lagi
Keputusan Mutakhir
Setelah penilaian rating dibuat, maka keputusan mutakhir juga harus dibuat. Hanya ada tiga kemungkinan iaitu RECOMMENDED, BOLEH LAH dan OVERRATED. Keputusan mutakhir akan diberi chop mohor dari Ye ke Sedap.
RECOMMENDED: Apa yang diwarwarkan umum adalah disokong. Restoran ini disyorkan dan betullah apa yang diperkatakan. Mesti cuba.
OVERRATED: Apa yang diwarwarkan adalah indah khabar dari rupa.








No comments:
Post a Comment