Thursday, February 14, 2013

Laman Grill - Ye ke Sedap?

Bersempena ulang tahun hari jadi isteri baru-baru ini, saya dan isteri berkesempatan mengunjungi sebuah restoran milik salah seorang juri Masterchef Malaysia, Chef Zubir bin Md ZainLaman Grill -Steak & Bar-B-Que di Seksyen 13 Shah Alam. Laman Grill adalah satu restoran ala 5 bintang yang berkonsepkan italiano & steak house.

[paper napkin yang tercetak nama restoran]


Dari segi ambience dan interior design, saya boleh katakan ianya benar-benar adalah citarasa sebuah restoran yang ada kelas seiring dengan popularitinya sebagai restoran milik seorang chef terkenal. Sesuai dengan mood untuk meraikan makan malam istimewa bersama isteri dan keluarga tersayang. Tempat duduk dan mejanya pun selesa.

Melihat kepada menu, kebanyakan menunya adalah masakan itali seperti pasta, pizza dan lain-lain, dan juga beberapa menu khusus steak yang pelbagai. Terdapat juga menu untuk kanak-kanak seperti fish and chip, fries dan lain-lain.

Isteri saya memesan Frutti de Mare, hidangan pasta spaghetti dengan sos tomato berperisa seafood. Frutti de Mare bermaksud "buah-buahan lautan" yang secara simboliknya bermaksudkan segala rasa-rasa dari laut. Hidangan ini mempunyai rasa sosnya yang unik, rasa sos tomato dengan semua rasa kemanisan stok makanan laut. Berbanding dengan sos pasta bologna/bolognese yang selalu kita makan yang mana sebahagian besar rasanya dipengaruhi dengan rasa herba-herba itali seperti basil dan oregano, rasa Frutti de Mare adalah unik dengan rasa kemanisan seafood yang asli. Direncahkan dengan mussels/clams dan kalamari (sotong) ia benar-benar berbaloi untuk mencuba.

[Frutti de Mare]

Pilihan saya pula agak conservative dan classic. Saya memilih untuk mencuba Lasagna Bologna/Bolognese. Rasanya agak classic, tetapi tidak terlalu simple seperti mana lasagna yang dimasak secara "mass production" di restoran-restoran yang biasa kita singgah di pusat-pusat membeli belah. Walaupun ia agak classic, ada juga wow-factor ketika pertama kali saya menjamahnya. Lapisan lasagnanya yang lembut dengan rasa sos putih dan sos merahnya yang sedap.

[Lasagna]

Untuk anak saya yang berumur 2 tahun, kami memesan hidangan kanak-kanak Fish and Chip. Rasanya agak biasa-biasa saja, tiada yang menarik untuk dituliskan. Cuma salad sayur yang dihidangkan bersama hidangan ini, walaupun kelihatan ringkas rasanya agak sedap berbanding salad yang saya pernah makan sebelum ini.

[Fish and Chip]




[Isteri penulis yang sempat bergambar bersama Chef Zubir]




RATING

ambience/interior

taste:

presentation:

price vs quality

customer service (friendly chef)

waiting time

parking (malam)

Will come again


KEPUTUSAN MUTAKHIR

Secara keseluruhannya, pengalaman makan malam di Laman Grill memang berbaloi dari hampir di semua segi. Dari tempatnya, makanannya dan layanannya. Harganya pada hemat saya amat berpatutan dengan kualiti yang kami dapat. Kami akur dengan apa yang diwarwarkan oleh umum bahawa Laman Grill adalah berbaloi, ya! ianya memang berbaloi seperti yang diwarwarkan. Oleh itu, ia berhak untuk menerima chop mohor "RECOMMENDED" dari blog ini.



Link: https://www.facebook.com/lamangrill