Hari ini, kami sekeluarga pergi makan "Mee Tarik" ya mee tarik, ala, mee yang dibuat tangan on the spot.
Kedai mee tarik ni dikenali sebagai "Mee Tarik Warisan Asli" dimiliki oleh keluarga Cina Muslim yang berasal dari Republik China. Tokey/chef restoran ini dikenali sebagai Hassan. Lokasi restoran ini terletak di Lake Field Sg. Besi.
Saya mendapat recommendation dari sahabat handai dan seteleh membuat beberapa research di Internet, saya sendiri ingin mencubanya untuk mengenal pasti ye ke sedap ni?
Semua menu restoran ini adalah masakan cina, tapi saya kurang pasti pulak province mana menu2 ini berasal, ye la negeri China tu kan besar, banyak sub-ethniknya dan bahagian2 provincenya pulak. Sesiapa yang selalu/pernah berkunjung kat Restoran Muhd Chan, menu di Restoran Muhd Chan dan di Restoran Mee Tarik Warisan Asli ni agak berlainan antara satu sama lain.
Rata-rata 70% menunya adalah berasaskan mee (mee tarik buatan tangan). Ada jugak menu yang berasaskan nasi. Mee tariknya dibuat secara live oleh chefnya di dapur dan ianya boleh ditonton menerusi tingkap kaca yang besar.
Dari segi interior restoran, interior dan reka atur perabot adalah biasa-biasa sahaja. Standard restoran yang selalu kita makan hari-hari masa lunch di pejabat. Tapi walaupun reka atur dalamannya biasa-biasa sahaja, tapi restoran ini begitu bersih dan kemas. Restoran ini mendapat kelas "A" oleh majlis perbandaran di situ.
Mari kita lihat apa yang kami order.
Ini apa yang saya order. Kalau tak silap, nama hidangan ini ialah "Beef Laman Noodle" dan harganya kalau tak silap RM8. Mee nya adalah mee tarik buatan tangan. Presentationnya biasa-biasa sahaja. Tapi apa yang penting dan saya ingin komen di sini ialah rasanya. Rasa hidangan ini agak unik, saya tak pernah rasa sebegini sebelum ini. Rasanya sedap. Kombinasi antara mee tariknya yang kenyal-kenyal lembut (sungguh, saya kehabisan vocabulary untuk menerangkannya) dan kuah/sos yang dimasak bersama mee ini sedap. Hidangan mee direncahkan dengan daging lembu yang pada hemat saya begitu kena dengan kombinasi hidangan ini. Seperti biasa, hidangan masakan cina pasti disertakan sekali dengan sayuran-sayuran yang dimasak segar.
![]() |
| Laman Noodle |
Di bawah ini pula adalah hidangan yang dipesan isteri saya. Namanya ialah Garlic Noodle. Harganya RM8. Rasa kuahnya yang sedap dan unik. Isteri saya tidak tahu nak menerangkan rasanya seperti apa (ya, saya juga sebab tiada makanan lain yang boleh dijadikan rujukan) tapi apa yang boleh saya katakan ianya sedap dan unik (ulang suara?). Hidangan ini juga direncahkan dengan daging lembu. Yang menarik di sini, terdapat sayur (saya rasa batang daun bawang putih/garlic spring) yang segar, tidak dimasak layu, rangup, yang begitu enak jika dikunyah sekali bersama kuahnya dan mee. Satu ekosistem yang simbiotik antara karbohidrat (mee), protein (daging lembu), sayurnya dan kuahnya. Bak kata Chef Papa Joe jury masterchef "bagai menari-menari di mulut saya".
![]() |
| Garlic Noodle |
Yang di bawah ini pula adalah bagi saya sejenis appetizer. Namanya "Toothpick Lamb". Ya, daging kambing yang dimasak bersama rempah ratus khas, disaluti dengan biji bijan dan dipersembahkan dengan cara dicucukkan daging tu dengan pencungkil gigi. Ala ala satay. Rasanya sedap dengan rasa rempah yang enak. Saya makan seorang sehingga ke cucukan yang terakhir. Saki baki sos rempah yang tinggal di pinggang, saya ambil sudu dan sental semuanya hingga bersih pinggan. Jadi tak perlulah saya jelaskan lagi tentang kepuasannya. Harganya ialah RM24 sepinggan. Agak mahal sedikit tapi berbaloi untuk dicuba, terutamanya jika anda ke sini untuk kali pertama.
![]() |
| Toothpick Lamb |
Ini pula adalah mee sup yang saya pesan khas untuk anak saya kerana ianya tidak pedas. Tapi pastikan apabila order nanti, anda cakap taknak pedas. Saya rasa juga supnya. Bagi saya rasanya rasa mee sup yang standard (sup sayur jernih). Mee ini juga direncahkan dengan daging lembu. Sayurnya segar, tidak direbus layu sangat.
![]() |
| Mee Sup |
Sebenarnya, ada satu lagi hidangan yang dipesan ibu saya, tapi tidak berkesempatan untuk diambil gambar. Nama hidangan itu ialah lebih kurang Mustard Beef Noodle. Kuahnya agak pedas (ibu saya suka pedas). Rasanya seperti mee sup tetapi ada sesuatu bahan rempah lain dimasukkan untuk menjadikan warna sup itu gelap dan rasa pedas. Komen ikhlas dan ringkas dari ibu saya "Sedap, boleh datang lagi"
Selepas habis makan, saya bercadang untuk bersantai-santai sebentar di restoran ini. Maka saya memesan apa yang dipanggil "Ba Bao Tea". Minuman teh panas dengan daun teh yang tidak dipotong (daun teh cina memang begitu. Saya peminat teh asli yang tidak bergula seperti seperti teh hijau, teh ooloong, teh pu er etc). Terdapat juga kurma merah (red dates) dan buah longan yang saya rasa dapat memberikan rasa manis-manis buah secara natural kepada minuman ini. Sebenarnya saya pernah merasa teh sebegini di Restoran Al Jazeera (restoran Chinese Muslim di USJ Taipan) kira-kira 7 tahun lepas. Di sana teh ini dihidangkan dalam mangkuk porselin/ceramic yang ada penutup, tetapi di sini ianya dihaidangkan dalam gelas kaca biasa sahaja. Rasa teh Ba Bao ini bagi saya memang satu kepuasan, sebab ianya diminum panas beserta rasa air teh yang ada sedikit rasa manis-manis buah. Sesuai menjadi sebagai minuman penutup.
![]() |
| Ba Bao Tea |
RATING
ambience/interior (bersih dan kemas):
taste (sedap dan unik):
presentation:
price vs quality
customer service
waiting time
(pukul 11.30 pagi, restoran buka 11 pagi. Mungkin jadi lebih teruk kalau lebih ramai orang)
(pukul 11.30 pagi, restoran buka 11 pagi. Mungkin jadi lebih teruk kalau lebih ramai orang)
parking (siang, weekday)
Will come again
Makanan yang sedap dan unik. Harga yang amat berpatutan. Restoran yang kemas dan bersih. Bagi saya ianya berbaloi. Benarlah kata-kata ramai yang makanan di sini sedap. Maka dengan itu saya memberi cop mohor "RECOMMENDED" kepada restoran ini.
Link berguna:
Link restoran: Mee Tarik Warisan Asli
Wikipedia (Lamian, a type of Chinese noodle): http://en.wikipedia.org/wiki/Lamian
Video membuat mee tarik:
Peta lokasi:
View Larger Map













No comments:
Post a Comment